Baginda nabi saw bersabda: " berpuasa sunat pada 10 muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura ( 10 Muharram) maka Allah S.W.T aka member kepadanya pahala 10.000 orang berhaji dan berumrah, dan 10.000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang membei makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Y Rasulullah S.A.W , adakah allah telah melebihkan hari Aasyura dari pada hari hari lain?", Maka berkata Rasulullah S.A.W : " ya, memang bener, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura,menjadikan nabi Adam dan juga Hawa pada hari aasyura, lahir nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa nabi Daud pada hari aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari aasyura !"
No comments:
Post a Comment